Tuesday, May 17, 2011

Sebulan bergelar PUAN

Posted by Chilla Jamaludin at Tuesday, May 17, 2011
Reactions: 
Pejam celik sudah hampir sebulan Chilla bergelar isteri..
Xsangka sudah bergelar ISTERI dan bertukar panggilan dari CIK menjadi PUAN..
Bersyukur kehadrat ilahi dipertemukan jodoh yang baik..

Suami yang :-
ü Memahami
ü Pandai mengambil/menjaga hati
ü Rajin menolong
ü Tidak cerewet dengan persiapan diri & masakan saya
 
Alhamdulillah..

Bila sudah bergelar Puan, sudah tentu tujuan hidup ini lebih matang..
Chilla pernah tersentap dengan ucapan seorang kenalan bila dia berkata..
 “Awak dah nak kawen, sure awak dah tua kan?”
Erm, berkahwin pada usia awal 20an ini sudah menjadi normal pada zaman ini sebenarnye.
Chilla betul2 xsuka bila dia berkata begitu..sungguh close minded!
Kne tengok juga perbezaan pembesaran Chilla dengan yang lain..
Bukan nak bangga diri..

Just nk terangkan yang Chilla rse Chilla nk nikah pada usia ini sebab :-

ü Chilla rse Chilla dah jumpe dgn calon suami yang sesuai
ü Chilla malas nk bercinta lama
ü Chilla sudah ade sumber pendapatan yang bermula sejak 2009 lagi
ü Chilla sgt disiplin dlm menyimpan duit, setahun simpan da bley dapat RMxx,xxx.00. So bile da ade duit sure da bley kawen kn?huhu (itu syarat yg diberikan oleh mummy)
ü Chilla dapat restu mummy  n  daddy.. (Mummy sgt ske menantu dia!!!)
ü Mummy sudah 60-an so Chilla nk bg dia rse jaga cucu sendiri
ü Yg penting Chilla sudah sedia bergelar Isteri dan Ibu.

Sebenarnya paling penting kne kenal diri..
muhasabah diri ape yg kte inginkan dalam kehidupan ini..
Kalau rse masih inginkan keseronokan, enjoy la..byk kn berkawan, byk kn kumpul duit.
Chilla rse Chilla da penat rse seronok itu..
Keseronokan yg tidak kekal..
Keseronokan yg kelihatan satu pembaziran..
Jz gaji lebih 4k & melancong overseas je belum wat lg..
Xpe,insyallah rezeki akan ade..
Sebut pasal rezeki, Chilla slalu teringat pesan seorang sahabat yg plg Chilla sayangi..FARDHIAH RAHAH.

“Bile jumlah keluarga/ikatan bertambah dari satu menjadi dua, dua menjadi tiga..insyallah rezeki turut bertambah dari satu menjadi dua, dua menjadi tiga. Tuhan saje yang tau..tiada sape boleh tentukan arah hidup kite melainkan kte yg ingin ia jadi begitu..Berdoa & bertawakal. Insyallah yg terbaik utk kte”

Doakan kebahagiaan kami..AMIN.

0 comments:

Post a Comment