Showing posts with label baby to be born. Show all posts
Showing posts with label baby to be born. Show all posts

Thursday, October 6, 2011

Make my baby

Posted by Chilla Jamaludin at Thursday, October 06, 2011 0 comments
Bile bos tade tenet jela kojenye..
Ni ghupe bakal anak yg lahir ke muka bumi ni..
Hasil gabungan muka Chilla and Suami..
Ihsan dr  “make a baby”..
Cam China plak ha,klw jepun maybe chumel sket.huhu
Sje2 je ni tau..
Jangan caye sgt plak k.hikhik

"THE BACK UP PLAN by J.LO & Alex O'Loughlin" mmg sesuai utk para Suami pahami

Posted by Chilla Jamaludin at Thursday, October 06, 2011 0 comments
Plot

Zoe (J.Lo) decided to be single mother and undergoes artificial insemination. At the same time she meets Stan (Alex) when they are both to hail the taxi. Stan asked Zoe for the date. Zoe still uncertain whether she pregnant or not. She didn't know how to tell Stan because at the same time she fall in love with Stan.

 After the next date, which at Stan's farm Zoe's finds out that she pregnant. They make love and afterwards Stan getting angry because she is not telling him the true story and Zoe believing the things is over between them. However Stan make a decision to be the father of her baby.

 From here he  started to be sweet couple by take care of Zoe..the way pregnant mum dress, eat and sleep.


Kata2 dari Chilla

This movie is really suit for those who are first time being a mother and father..

Tidak dinafikan Isteri2 akan berubah dr segi pemakaian, pemakanan and masa rehat..
Chilla sendiri bile badan da besar mmg kena pinjam baju mak la, jubah mak. cz klw nk beli mmg xberbaloi cz 9 bulan je badan jadi cmni after that mmg slim blk la (harap2)..
Makan tu mmg kena 6x sehari. 3 main courses 3 dessert ke buah ke keropok ke..
kadang2 tggu suami habis wat keje, dia kejut pon kte tetibe rse lapa then MAKAN la lagi..
Nk ckp pasal rehat ni yg kesian kt suami n mak..
Suami balik kte da terlentang..
Dia tengok tv, kte da tido..
Nk gosok baju pon dia la yg tlg..
nk angkat bende berat pon dia la juga..
Bab memasak plak byk susah kn mak yg sorg tu..

So want to stress up, all the husband should be patient with pregnant mother's sign because she pregnant is due to your act also. MyEm0.Com

Wednesday, October 5, 2011

Falling Pregnant is a Great Bounty of Allah Ta'ala | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Posted by Chilla Jamaludin at Wednesday, October 05, 2011 0 comments
Falling Pregnant is a Great Bounty of Allah Ta'ala | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Thursday, September 29, 2011

Perkembangan BABY & MUMMY..

Posted by Chilla Jamaludin at Thursday, September 29, 2011 0 comments
6 bulan berlalu.. (nk ckp da lame xupdate sbnrnye tp malu!huhu)

Usia perkahwinan & usia kandungan sama Cuma kiraan hari yg berbeza..

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..

Kandungan saya sihat Cuma risau tentang berat badan saya yang kurang bertambah.Takut baby xcukup makan.Makan 6kali sehari bukan etika saya tapi segalanya untuk baby.Jantina sudah diketahui sejak 3 bulan lagi.Ramai cuba meneka tapi saya buat xtahu saja.Sbb itu melalui “scan”, sekiranya Allah “kun fayakun” jantina yg lain pon saya akan terima.But deep inside our hearts nk yg scan tu.huhu
Barang baby pon da beli sikit2 start bulan July mase ekspo kt Mid Valley. Mase tu mmg plan beli barang yg betul2 mahal je. Contoh; Medela Breast Pump..kt luar kn mahal..dapat la harga RM299 yg electric single tu. Tapi until now xteliti lagi cara penggunaannya.

Perkembangan kandungan sehingga 6bulan ni baru saya tahu mmg saya da xblh pkai heel cz urat di kaki sudah Nampak..xdpt nk jln laju2 lagi. Xkesahla org kate “awak Nampak xlarat la” yes mmg rase cm xlarat pon cz baby active & kaki slalu cramp..kt ofiz kne pkai stoking klw x mmg beku n xsenang duduk la.

Baby now can listen..so xblh nk stay kt tmpt2 yg bising. Xmo perkembangan dia terjejas oleh sbb environment yg xbgs. Chilla & suami tgh berusaha untuk cari umah sendiri..xkesah even xmewah but biar la selesa. Hopefully Allah dengan doa kami.. “Mahukan persekitaran yg selesa..tempat tinggal sendiri  yg blh wat dr ni berdikari..anak yg sihat tubuh badan & cerdik akal fikiran..rezeki yg mencukupi..AMIN”

Raya tahun ni Chilla dapat raya di Kelantan but xenjoy sangat cz mase suntuk..5hari mne cukup kan..klw blh nk 2minggu di sana. Xdapat nk jln sgt..xpe nex year hopefully dpt cuti lame n bwk baby jln2.

Bakal mengharungi 3bulan setengah bersama kandungan..doa kan chilla ye! Chilla selitkan gambar semasa berbuka puasa bersama kawan2 sekolah & jamuan raya di UIA..jumpa lagi.


Fast breaking at Kg Baru

Open U at UIA


Saturday, July 2, 2011

Panduan Pemakanan Ibu Mengandung

Posted by Chilla Jamaludin at Saturday, July 02, 2011 0 comments
Nuffnang Ads

Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan. Kebiasaannya, wanita mengandung memerlukan penambahan 300 kalori/hari daripada biasa terutamanya semasa trimester terakhir di mana bayi membesar dengan pantas. Penambahan 300 kalori sehari tersebut penting diperolehi daripada makanan yang berkhasiat supaya ia boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi.

Mengapa pemakanan sihat penting semasa mengandung
Pernahkah anda terfikir mengapa berat badan anda bertambah 10-15 kg (secara purata) semasa anda mengandung sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya ¼ daripada itu? Walau pun ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung, faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan:
  • Berat bayi : 2.5 – 3 kg
  • Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 – 3 kg
  • Penambahan darah : 1.5 – 2 kg
  • Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 – 2kg
  • Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg
  • Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg
  • Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg
  • Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg
Selain daripada penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Corak penambahan berat semasa mengandung bagi individu juga berbeza. Jika anda mula mengandung semasa berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung anak kembar.
Makanan semasa mengandung
Semasa mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol.
Sama ada anda mengandung atau tidak, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Jika anda mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan, ini menunjukkan yang anda berpotensi untuk menjadi individu yang sihat.
Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.
  • Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)
  • Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
  • Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese.
  • Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.
Piramid makanan
Piramid Makanan
Minum banyak air dan elakkan makanan berlemak dan bergula tinggi seperti kek dan coklat kerana ia mengakibatkan pertambahan berat badan berlebihan dan seterusnya meniggikan risiko mendapat kencing manis (gestational diabetes mellitus)
Jika anda sukakan snek, ambil raisin, biskut bijirin penuh (Jacob’s atau IKO), salad buah, yoghurt atau sebarang makanan bernutrisi yang lain.

Perkara yang perlu diambil berat semasa membeli makanan
Makanan basah seperti ikan, ayam dan daging harus dibeli segar dan dijamin kebersihannya. Pastikan sayur-sayuran dan buah juga segar dan tidak mengandungi pestisid (kebiasaannya, sayur berlubang dimakan ulat atau serangga tiada pestisid). Bagi makanan yang dibungkus atau dalam tin, baca label makanan yang menunjukkan kandungan nutrisi dan kalori makanan tersebut. Terdapat juga label makanan yang memberikan cadangan hidangan yang bersesuaian bagi diet seharian. Apabila anda mengandung, cadangan hidangan bersesuaian juga sebenarnya bertambah seiring dengan keperluan untuk penambahan kalori. Periksa label makanan sebelum membelinya supaya makanan tersebut dapat dipastikan:
  • HALAL kerana makanan akan menjadi darah daging anda dan bayi
  • Berkhasiat untuk kesihatan anda dan bayi
Perhatikan juga tarikh lupus (expiry date) makanan dan pastikan pembungkus / tin makanan dalam keadaan sempurna (tiada kebocoran, tercemar, kemek). Walau pun nampak remeh, tetapi ia sebenarnya penting kerana makanan yang tercemar atau sudah lupus tarikhnya boleh menyebabkan anda keracunan makanan sekaligus boleh memudaratkan kesihatan bayi anda.

Bagaimana anda tahu yang pemakanan anda sihat semasa mengandung
Kunci utamanya ialah dengan mempelbagaikan pengambilan makanan dalam kumpulan yang berbeza-beza (seperti yang dicadangkan di atas) dengan jumlah yang mencukupi. Jangan risau jika anda mengalami alahan yang teruk dan tiada selera makan pada trimester pertama. Keadaan ini tidak akan memberikan impak yang besar kepada bayi anda kerana bayi akan mendapat nutrisi terdahulu daripada anda sebaik sahaja anda makan. Bagi yang mengalami alahan yang mencapai trimester kedua sehingga bersalin, pastikan anda tetap makan makanan berkhasiat- biar sedikit tetapi kerap. Walau pun penambahan berat badan ideal semasa mengandung yang dicadangkan ialah 10-15 kg (kebiasaannya 1.5 – 2.5 kg pada trimester pertama dan 0.25 – 0.5 kg / minggu pada trimester ke -2 dan 3), jangan hadkan diri anda. Sebaliknya, fokus pada pemakanan yang sihat dan seimbang untuk memastikan anda dan bayi sihat.


Petikan diambil daripada : Srikandi Mama 

Friday, May 20, 2011

Rezeki dari ALLAH

Posted by Chilla Jamaludin at Friday, May 20, 2011 0 comments
Seminggu yang lepas Chilla mengalami masalah kesihatan yang tidak stabil.

ü  Sakit kepala
ü  Sakit perut cm sengugut
ü  Kerap buang air
ü  Angin/Lenguh badan
ü  Loya
 
Lagi teruk bile Cuti Hari Wesak chilla sakit perut cm cirit birit  & muntah..

Dialog bersama encik Chairil ...
En Chai : Sayang ok x ni?
Chilla : Erm,xtau la..
En Chai : Pewut cm keras je ni..ade baby ye.
Chilla : (hanya mampu tersenyum menahan sakit)
En Chai : Ptg t kte g klinik la
Chilla : Ala, watpe? Nk ckp sakit pe kt doc t?
En Chai : (garu kepala)


Petang tu kami g ke KLINIK KITA, Pandan Jaya..
Di meja pendaftaran..
Nurse : Sakit ape ye?
Chilla & En Chai : (saling memandang..senyum)
Chilla : Ntah..sje nk check.
Nurse : Mne bley sje2
En Chai : Xsehatla..xsedap badan.

Time masuk bilik doc..

Doc : ye Puan Adila, sakit ape ni..
Chilla : Erm..(nervous,tangan da sejuk..pandang Abg Chai)
             Badan saya banyak angin..selalu nk kne urut. Sakit belakang. Period da xdtg...bla3x.
Doc : Da wat Urine Test?
Chilla : (pandang En Chai) belum..
Doc : Nape xcheck? Cmtu wat Urine Test la..
Chilla : erm..ye ke? Dalam hati  (kte bru first time mne la tau perlu ke check, nk mrh org plak)

Klua ke ladies. Sambil menunggu giliran lagi sekali (seb bek xramai orang)
Chilla : Syg,cmne klw xde?
En Chai : Bug yakin mesti ade punye!
Chilla : (eh,excited nye dia ni!huhu)

Masuk kembali dalam bilik doc..
Chilla : xde ye..(pandang manje pd doc)
Doc : Sape kate xde, bile last period? Brape hari period? Bile kawen?
Chilla : last month 6hari je..8 April.
Doc : Da hampir 5minggu ni.. tapi bagus juga awak tau simptom2 awal ni at least bley berdoa & jaga kesihatan.
Chilla : Ok (masih blur)

Alhamdulillah..